LISTEN! LISTEN! LISTEN!

Golongan C dan Provokasi Murahan

1- Masyarakat kita, apabila disampaikan nasihat/ilmu/teguran lazimnya akan ada 3 golongan.

A - Menerima nasihat dengan baik dan mengucapkan terima kasih.
B - Dengar nasihat, tapi buat tak tahu sahaja.
C- Dengar nasihat, tetapi mencari salah si penyampai.

Golongan C ni hanya minoriti dan suka memperbesarkan isu-isu yg remeh temeh untuk mengajak orang lain turut membenci si pendakwah. Abu Jahal dan Abu Lahab juga pernah membuat perkara yang sama kepada Rasullulah iaitu dengan mempengaruhi orang-orangnya disekeliling dengan pelbagai fitnah. Sekiranya golongan C lebih ramai dari golongan A bermakna dakwah kita yang masalah.

"Dalam satu kisah Rasulullah, ketika itu Isra’ Mi’raj. Rasulullah mengajak manusia supaya percaya kepada kisah perjalanan yang menakjubkan itu. Banyak orang yang tidak percaya, termasuk Abu Jahal. “Bohong kau Muhammad, bagaimana mungkin dalam satu malam saja kamu bisa ke Baitul Maqdis? Kalau kau benar-benar sampai di sana, cuba kau ceritakan apa yang kau lihat dalam perjalanan.”

Abu Jahal mendengar nasihat tetapi tetap mencari salah Rasullulah begitu begini kenapa tidak begitu begini.

Inilah golongan C. Mereka mendengar tetapi mencari salah si penyampai dalam apa jua cara dalam apa perkataan sekali pun.

Rasullulah sendiri menerima tentangan dari golongan C apalagi pendakwah masa sekarang. Rasullulah dan kita banyak perbezaan. Rasullulah dilantik sendiri oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan kebenaran kepada manusia. Tanpa ada cacat cela. Rasullulah manusia paling sempurna dan agung. Apatah lagi manusia biasa yg bergelar seorang pendakwah pada zaman sekarang. Sudah 1400 tahun berlalu dari zaman Rasullulah.


***************

Hari ini, ramai yang share page provokasi Anti Ustaz Azhar Idrus. Bagus dah tu. Mereka ini adalah golongan C yang tidak perlu dilayan dengan memberi KOMEN dan LIKE. Memang tak makan saman punya.

Tindakan sepatutnya bila SHARE pesan ke rakan-rakan sila lakukan 3 perkara sahaja.

=========
1) Jangan LIKE
2) Jangan KOMEN di page tersebut (kalau geram komen sini terus)
3) REPORT terus kepada Facebook.
=========

Bila semakin bertambah LIKE dan KOMEN. Pihak Facebook tidak layan report yang dibuat memandangkan fan page tersebut meriah dengan KOMEN dan LIKE yang semakin meningkat. Ini kelemahan Facebook.

Mohon kerjasama semua. Terima kasih.

Last but not least, kata-kata dari big boss Ustaz Azhar Idrus,
"Buatlah fitnah apa sekalipun, katalah apa yang nak dikata, aku akan tetap berdakwah sampai mati"




#copypastefromfacebook

No comments:

Post a Comment

Assalamu'alaikum, komenlah di sini. Satu pun jadilah..hehe.